Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Sunday, June 14, 2009

Kerajaan Perpaduan: Jangan Cari Pasal!!!

Pada Muktamar Pas baru-baru ini, Presiden Pas, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi telah mencadangkan agar diwujudkan kerajaan perpaduan di Malaysia. Kerajaan perpaduan atau "unity government" ini tidak sekadar melibatkan Umno dan PAS malah lebih besar lagi ia mencadangkan kerjsama politik secara "total" melibatkan semua pemain-pemain dalam gelanggang politik tanahair . Beliau mencadangkan sebuah kerajaan tanpa pembangkang yang menyatukan bukan sahaja orang-orang Melayu tetapi seluruh rakyat Malaysia.

Mendakap realiti semasa yang menampakkan suasana muram dan mencemaskan samada dari perspektif ekonomi mahupun politik, maka demi kepentingan rakyat dan negara, presiden Pas mencadangkan agar semua pihak mengenepikan perbezaan dan meredakan perbalahan, duduk semaja atas satu pentas dan melahirkan sebuah kerajaan perpaduan atau "unity government" yang akan melihat semua parti bersatu membentuk satu kerajaan demi rakyat dan negara.

Di parlimen, beliau menyatakan "Pendekatan dalam mewujudkan perpaduan ini mestilah memenuhi segala ciri dan sifat fitrah naluri yang ada dalam diri manusia itu sendiri. Manusia bukan sahaja boleh disatukan sebagaimana menyatukan batu-bata dalam mendirikan bangunan, kayu yang mendirikan perabot tidak boleh disatukan begitu sahaja kerana manusia bukan sahaja jasad, mereka mempunyai hati perut dan perasaan. Dengan sebab itu pendekatan yang perlu diambil dalam mewujudkan perpaduan mestilah merangkumi segala aspek yang ada dalam naluri kejadian manusia itu sendiri".

Tegas beliau, cadangan ini diutarakan kerana iklim politik Malaysia kini telah berubah dan kestabilan politik tidak lagi terjamin. Keadaan ini telah menyebabkan pelabur-pelabur asing hilang kepercayaan terhadap potensi pasaran Malaysia dan "terbang lari" ke negara lain. Tambahan pula, krisis ekonomi dunia yang semakin parah, telah menampakkan impak yang semakin besar kepada Malaysia. Ujar beliau, dengan menubuhkan kerajaan tanpa pembangkang, maka kestabilan ini lebih terjamin dan sama-sama boleh bergerak ke arah memperbaiki kelemahan dan kekacauan yang berlaku.

Mengulas isu kerajaan perpaduan ini, Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Apandi Yusof berkata, mengenai kerajaan perpaduan, Pas dan Umno ibarat suku kaum Aus dan Khazraj serta Muhajirin dan Ansar ketika awal kebangkitan Islam dahulu. Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman yang memberi respons terhadap kenyataan Mohd Apandi berkata, kenyataan itu tersasar jauh.

Mungkinkah perpaduan di antara PAS dan Umno boleh diumpamakan seperti persaudaraan di antara kaum Aus dan Khazraj serta Muhajirin dan Ansar ketika zaman awal kebangkitan Islam? Sedangkan persaudaraan di antara kaum terbabit di atas dasar sama-sama mendokong penubuhan negara Islam Madinah. Sebaliknya Umno tidak pernah berhasrat melaksanakan Islam. Jadi, adakah apa yang dihasratkan oleh Pas untuk melaksanakan Islam akan benar-benar berlaku melalui kerajaan perpaduan?

13 Jun 2009, Apandi menyelar kenyataan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan golongan yang bersekutu dengan idea kerajaan perpaduan sebagai 'boneka Umno'. Malah menurutnya di awal penghijrahan Rasulullah saw ke Madinah baginda mempersaudarakan di antara golongan Muhajirin dan Ansar tanpa sebarang syarat. Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, sekiranya Umno benar-benar mahu menegakkan Islam mereka boleh melaksanakannya sekarang kerana sudah memiliki kuasa.

Melihatkan situasi ini, saya sendiri amat tidak bersetuju dengan idea kerajaan perpaduan dan menentang keras idea ini. Melihatkan kepada keadaan UMNO sekarang yang 'nyawa-nyawa ikan' dan hampir jatuh, kewujudan kerajaan perpaduan hanya akan menjadikan batu loncatan kepada mereka untuk memperkuatkan pengaruh dan menggerakkan ideologi mereka. Tidak hairanlah jika presiden BN secara spontan menyokong idea kerajaan perpaduan ini kerana mereka melihat peluang ini untuk kembali bermaharajalela dengan ideologi mereka dengan menjadikan pihak Pas dan yang lain sebagai alat untuk meraih sokongan...

Mengapakah saya berkata demikian? Ulasan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat cukup membuatkan lidah terkedu... UMNO jelas menyokong kerana mereka telah melihat peluang... Iya!!! Saya amat bersetuju dengan kenyataan Tuan Guru.. UMNO secara terbuka menerima dan menyokong idea musuh kuat mereka kerana mereka telah melihat peluang yang ada untuk meluaskan kuasa mereka dengan menguasai kabinet, tanpa ada pembangkang...

Berkenaan kerjasama pembangkang dengan BN dalam idea kerajaan perpaduan ini, saya berfikir sejenak, adakah BN akan memberikan kerjasama yang baik terhadap perlaksanaan ini sedangkan banyak kerja-kerja jahat didalangi Umno seperti peristiwa Memali dan darurat di Kelantan pada 1978. Tidak serikkah dengan ini?? Tidak cukup dengan itu, rampasan kuasa yang berlaku di Perak dan tuduhan-tuduhan buta yang dilontarkan kepada kerajaan di Selangor cukup menonjolkan sikap Umno yang sebenar.

Abdul Latif, yang merupakan Adun Mengkebang berkata, "Hakikatnya Umno tidak pernah berhasrat melaksanakan Islam. Bahkan Islam Hadhari yang diuar-uarkan di era Tun Abdullah sudah berkubur dan sekarang timbul pula mazhab One Malaysia". Apa itu Islam Hadhari? Islam mengikut acuan mereka sendiri. Rukunnya ada tujuh dan matlamatnya pembangunan selari dengan agama. Maka terdirilah sebuah bangunan yang indah iaitu Masjid Kristal. Dan lihat pula pada masjid kristal itu sendiri, tidak ada solat berjemaah lima waktu darjah kiblatnya tidak tepat. Jika ini gambaran masjid yang didirikan Umno, tidak diimarahkan, walaupun telah menghabiskan wang rakyat sebegitu banyak, adakah masih kita ingin bekerjasama dengan mereka??

Dan yang paling jelas, Umno telah terang-terang menentang perlaksanaan Islam di Malaysia. Dalam kempen PRU-12 yang lalu, Umno telah mengkritik kepimpinan ulama' seperti Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di Kelantan dan melancarkan kempen "18 Tahun Pade Doh!" untuk menumbangkan kepimpinan ulama' di Kelantan. Gaya yang dibawa Umno ini tidak ubah seperti usaha Kamal Atartuk menjatuhkan Islam di Turkey. Dan suka saya tarik perhatian para pambaca dengan fakta ini, Umno sendiri telah mencabar enakmen hudud yang ingin dilaksanakan kerajaan Kelantan di mahkamah. Mengikut perlembangaan, undag-undang jenayah adalah dibawah tanggungan kerajaan persekutuan. Jadi, jika kerajaan persekutuan merasakan kerajaan Kelantan tidak layak untuk melaksanakannya, kerajaan persekutuan kena laksanakan. Lihatlah, hukum Allah terang-terang ditentang mereka... Ulama' dimusuhi... Adakah kita ingin menegakkan Islam melalui kerajaan perpaduan bersama taghut-taghut seperti mereka?

Saya melihat tujuan Umno untuk menyokong usaha mewujudkan kerajaan perpaduan hanyalah untuk menguatkan kembali pengaruhnya bagi menjalankan ideologi-ideologi mereka yang seiras dengan perancangan kaum Yahudi. Apa yang mereka pandang dan nilai tidak lain tidak bukan peluang mengaut keuntungan daripada kerajaan tanpa pembangkang, dan bukannya menegakkan Islam. Sudah cukup dengan propaganda Dasar Ekonomi Baru(DEB) dan Ketuanan Melayu, Umno cuba mengambil peluang untuk mengukuhkan kuasa melalui sokongan terhadap kerajaan perpaduan pula.

Cuba para pembaca berfikir sejenak, adakah andai nanti kerajaan perpaduan menjadi realiti, Umno akan menyerahkan tampuk pemerintahan negara kepada yang lebih layak??? Isu rampasan kuasa di Perak jelas telah memberikan jawapan... Anda nilailah sendiri. Jadi, jika tampuk pemerintahan dipegang oleh golongan-golongan yang lebih mementingkan pembangunan daripada agama, adakah Islam akan dijadikan keutamaan nanti? Dan adakah kita ingin bekerjasama dengan pihak yang secara terang-terang menolak perlaksanaan Islam di Malaysia?

Berkenaan dengan kenyataan Presiden Pas yang menghujahkan idea ini diutarakan kerana krisis ekonomi yang melanda negara kita semakin kronik dan tsunami besar krisis ekonomi yang akan sampai ke Malaysia tidak lama lagi, tidak semestinya perlu diwujudkan kerajaan perpaduan. Allah telah menggariskan panduan bermuamalat dalam Islam. Laksanakan Islam dahulu dan lihatlah impaknya terhadap ekonomi, dengan contoh yang terbaik yang dilaksanakan di Kelantan sehinggakan penganalisis ekonomi dari luar negara(saya tidak mahu merujuk pada penganalisis tempatan kerana hasil kajian mereka kebanyakannya propaganda dan banyak dipengaruhi politik) menyatakan bahawa purata aset rakyat Kelantan adalah yang paling tinggi dalam Malaysia walaupun kerajaan Kelantan adalah yang paling miskin antara kerajaan negeri di Malaysia... Ini sebenarnya telah direncanakan oleh Islam dengan memberi keutamaan kepada rakyat seterusnya membina kekuatan ekonomi dari akar umbi. Seterusnya, kemajuan dipacu rakyat sendiri dan ekonomi Kelantan adalah yang paling stabil sejak krisis ekonomi melanda.

Tetapi, adakah keadaan ini akan berlaku jika kerajaan perpaduan diwujudkan bersama BN? Sikap mereka yang mempunyai sindrom keangkuhan kuasa pastinya tidak akan berkongsi pimpinan negara. Seperti yang saya katakan tadi, rampasan kuasa di Perak melihatkan kepada kita siapa mereka sebenarnya.

Tambahan pula, konsep Satu Malaysia tidak ubah seperti Islam Hadhari, hanya propaganda mendapatkan kembali sokongan rakyat... Tapi, pada saya, maksud tersembunyi perdana menteri tidak ubah seperti...."Satu Malaysia, Aku Punya"... Sebagai hujah, saya persilakan para pembaca semak semula enakmen Suruhanjaya Perlantikan Hakim dimana perdana menteri diberikan kuasa total yang mutlak untuk melantik hakim. Memang betul jika suruhanjaya ini menghantar dua nama kepada perdana menteri, tetapi jika merujuk kepada enakmen tersebut, jika perdana menteri tidak bersetuju, maka dua nama lagi akan diberi. Begitulah keadaannya sehinggalah perdana menteri jumpa yang berkenan di hati, mungkin mencari yang boleh mengikut telunjuknya. Dan enakmen tersebut memperuntukkan bahawa perdana menteri boleh meminda mana-mana frasa dalam enakmen tersebut seorang diri... Maksudnya,, PERDANA MENTERI BERKUASA MUTLAK UNTUK MENGUBAH ENAKMEN TERSEBUT MENGIKUT SELERANYA!!! IKUT SUKA AKU!!! SATU MALAYSIA AKU PUNYA!!! Saudara-saudari pembaca,,, ini hukum rimba!! masihkah kita ingin bekerjasama dengan kelompok sebegini?

Apakah institusi berparlimen dan kepartian sudah tidak wajar di Malaysia? Adakah sekarang, apabila Umno semakin jatuh, Pas menghulurkan tangan untuk mengangkat kembali Umno yang dilihat menzalimi demokrasi... Apakah tidak ada cara lain untuk mengubah Umno atau mengambil alih kepimpinan negara? Mengapakah ingin mengkhianati kepercayaan pengundi terhadap Pas dahulu? Tidak perlu kerajaan perpaduan. Kerana kekacauan politik negara sekarang berpunca daripada provokasi mereka sendiri.. Renungkan kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam ucapan Muktamar baru-baru ini. "Jangan Cari Pasal!!!".



4 comments:

Tinta Al-Murabbi said...

Berhujahlah dengan penuh ilmu dan diiringi tautan semasa sebagai medannya..tetapkan wala' pada pimpinan~ =)

http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/06/polemik-kerajaan-perpaduan-kenapa.html

Baihaqi Sensei said...

To Tinta Al-Murabbi : Trima kasih atas perkongsian artikel tersebut...

Saya amat bersetuju dengan konsep At Taawun,dan sebagainya yg dijelaskan dalam artikel tersebut.. Dan konsep yg jelas menurut Islam.

Tetapi, apakah itu semua akan berlaku??? Persoalan inilah yang saya ingin sampaikan dalam petikan ni dan bukan menentang konsep kerajaan perpaduan... yang saya tidak bersetuju ialah perlaksanaan bersama orang-orang spt UMNO.

Hayatilah kata-kata mursyidul am Pas, "Idea itu mengarut, orang lain tak tahu macam mana kami berhadapan dengan Umno di Kelantan"

Mungkin saudara tidak berpengalaman atau tahu bagaimana Pas menghadapi Umno di Kelantan....

Bercakap senang, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri mengetahui konsep Taawun spt dlm artikel yg saudara berikan... Tp mengapa beliau tetap menentang???

Kerana persoalannya, adakah perkara itu akan berlaku?? Semua ini ada kaitan dengan pengalaman rakyat Kelantan atas perbuatan Umno. Rata-rata rakyat Kelantan tidak menyokong idea presiden Pas. Kerana mereka sudah serik berkerjasama dengan Umno...

Untuk pengetahuan saudara, bukan kerajaan Pas tidak pernah bekerjasama dengan Umno, tetapi, mereka sebenarnya selalu mencari peluang dan menikam dari belakang...

Presiden Pas seraya tampil dengan hujah, tidak mahu membawa Pas kepada Umno tetapi hanya untuk membawa kepada perbincangan di meja bulat...

Maka, Mursyidul Am Pas membuat kenyataan selepas menerima penerangan dari presiden, "Nak berunding untuk tubuh kerajaan tak usah, tapi nak bincang dengan Umno untuk benda lain boleh".

Jadi, saranan saya, kerajaan perpaduan di meja perbincangan sahaja boleh... Tapi, untuk menubuh kerajaan perpaduan yang sbnr dengan Umno agak sukar... Renungkan...

~*PuTeRi^HaiFaNuRi*~ said...

urmmm....
bile difikir2....
memang susah nak wat kerajaan perpaduan..nak bersatu dgn ameno...

ntah ape lagi la yg akan diorang wat nanti kalo diberi peluang bulat2 mcm tu....huhuhu...

~putri tak dapat bayang.... =P

Bakal guru said...

sokongan padu pada pimpinan ulama...ulama penerus kerajaan rasulullah

Post a Comment