Isu pendidikan sememangnya tidak asing lagi di dalam negara kita, Malaysia. Daripada isu salah laku guru, peperiksaan, sehinggalah isu penempatan guru dimainkan di media. Terbaharu, kerajaan ingin mengkaji cadangan untuk memansuhkan beberapa peperiksaan awam di Malaysia iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan alasan mahu memperkasa modal insan pelajar-pelajar dan tidak hanya memfokuskan kepada kecemerlangan akademik sahaja. Alasan-alasan untuk membentuk modal insan ini bukanlah sesuatu perkara yang baru. Ianya telah lama timbul ekoran krisis keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar yang kian kronik.
Kerajaan telah memperkenalkan mata pelajaran pendidikan sivik yang bertujuan untuk membendung salah laku pelajar di samping menjana modal insan dalam diri pelajar. Tetapi, akhirnya strategi tersebut tampak tidak berhasil. Apa yang dapat dilihat sekarang ialah pelajar-pelajar semakin menggila di sekolah. Kes-kes salah laku semakin meningkat dan tidak ada tanda-tanda bahawa masalah ini dapat ditangani.
Pada 23 Jun 2009, Menteri Pendidikan mengumumkan di parlimen untuk merombak sistem pendidikan di Malaysia secara keseluruhan. Ada kelebihan dan kekurangannya. Tetapi harus diingatkan kerajaan agar tidak terlalu gopoh untuk membuat perubahan tanpa memikirkan impaknya.
Pemansuhan PPSMI pada tahun 2012 telah melegakan banyak pihak termasuk pakar-pakar bahasa untuk memartabatkan Bahasa Melayu. PPSMI adalah salah satu bukti kegopohan kerajaan dalam membuat keputusan untuk merevolusikan pendidikan. Secara keseluruhan, PPSMI telah gagal walaupun ia berjaya dalam sesetengah perkara. Tetapi hasrat utamanya tidak tercapai. Malah, ia telah melebarkan lagi jurang perbezaan antara pendidikan di bandar dan luar bandar. Malah, kesilapan terbesar revolusi ini ialah mengubah bahasa pengantar subjek Sains dan Matematik yang merupakan subjek yang kritikal ke dalam Bahasa Inggeris.
Bagi melaksanakan PPSMI, kerajaan telah membelanjakan peruntukan yang amat besar bagi menyediakan buku teks yang baru serta menyediakan kemudahan-kemudahan lain. Setelah pemansuhan PPSMI pada 2012 nanti, sudah tentu kerajaan perlu membelanjakan satu nilai perbelanjaan yang besar bagi mencetak semula buku teks.
Berkenaan dengan isu pemansuhan UPSR dan PMR, diharapkan pisang tidak berbuah dua kali. Semestinya evolusi dan revolusi adalah diperlukan untuk meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia, akan tetapi ia seharusnya tidak dibuat secara melulu seperti yang berlaku dalam kes PPSMI. Kita semestinya tidak mahu melihat kegagalan seperti gagalnya PPSMI dalam mencapai objektif sebenar.

Perkara pertama yang harus dinilai dalam kajian pemansuhan dua peperiksaan awam ini ialah, adakah akan wujud suasana belajar yang baik tanpa motivasi peperiksaan? Memang benar kata orang, belajar kerana inginkan ilmu, bukan semata-mata untuk peperiksaan. Tetapi tanpa peperiksaan, adakah pelajar-pelajar akan bermotivasi untuk belajar? Kanak-kanak khususnya amat memerlukan satu motivasi dan matlamat yang jelas seperti, "saya perlu belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya, dan semestinya kejayaan itu diukur melalui peperiksaan". Jika tiada peperiksaan, maka murid-murid yang masih mentah akan hilang motivasi untuk belajar.
Perkara yang kedua ialah, adakah sistem penilaian pentaksiran berasaskan sekolah adalah berkesan dan adil bagi murid-murid. Sistem pentaksiran berasaskan sekolah dilihat tidak adil bagi murid-murid kerana setiap sekolah akan mempunyai cara dan gaya penilaian yang berbeza. Bagi sekolah-sekolah yang dianggap elit, mungkin penilaian yang dibuat sedikit berbeza dengan sekolah-sekolah biasa. Mungkin juga ada sekolah yang ingin menjaga reputasi dengan menipu keputusan penilaian. Ada juga guru-guru yang sengaja ingin menolong muridnya untuk mendapatkan tempat di sekolah menengah yang baik dengan memberikan markah 'bonus' yang tidak setaraf dengan tahap pencapaian murid tersebut. Kemungkinan-kemungkinan ini boleh berlaku jika penilaian pentaksiran dibuat di peringkat sekolah.
Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian ialah, apakah objektif sebenar yang ingin dicapai kerajaan dalam pemansuhan dua peperiksaan awam ini. Kita tidak mahu kegagalan PPSMI berulang lagi.
Kerajaan telah menjelaskan bahawa pemansuhan ini adalah bertujuan untuk menjana modal insan dalam kalangan pelajar serta ingin membuang budaya pendidikan berorientasikan peperiksaan. Sebenarnya, budaya belajar untuk peperiksaan tidak salah. Tetapi sistem penilaian peperiksaan awan perlu diubah agar tidak terlalu menumpukan kepada akademik sahaja, turut meliputi kerohanian dan kemahiran.
Tetapi, yang menjadi persoalannya ialah, apakah pemansuhan peperiksaan ini mampu untuk menjana modal insan dalam diri pelajar? Ini merupakan persoalan yang belum terjawab sejak dulu lagi. Apabila menyebut tentang persoalan modal insan, maka terbayanglah kegagalan pendidikan sivik dan pendidikan agama Islam dalam menjana modal insan. Modal insan bukan dijana melalui pendidikan yang tidak berorientasikan peperiksaan. Modal insan dijana melalui penyuburan rohani seperti solat, puasa dan ibadat-ibadat lain.
"Sesungguhnya s0lat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. "
Perkara inilah yang kita terlepas pandang dalam membentuk modal insan anak-anak muda. Berapa ramai murid-murid sekolah rendah dan menengah yang tidak tahu membaca Al-Quran, tidak solat dan tidak berpuasa, dan berapa ramaikah ibu bapa yang membudayakan penyuburan rohani di rumah bersama anak-anak mereka? Fikir-fikirkanlah. Yang pasti, hanya segelintir sahaja yang betul-betul ditarbiah dengan sebaiknya.
Perlu diingat bahawa modal insan bukan hanya dibentuk di sekolah, tetapi ibu bapa yang perlu melenturkan jiwa anak-anak mereka terlebih dahulu di rumah. Rugi rasanya jika murid-murid hanya ditarbiah di sekolah sahaja tanpa ada penyuburan di rumah. Tarbiah perlu dilakukan sepanjang masa tidak kira samada melalui sahabat, guru, atau ibu bapa.
Amat tidak praktikal sekiranya pihak kerajaan ingin membina modal insan, tetapi membiarkan persekitaran mungkar berleluasa di sekeliling golongan yang ingin dibentuk modal insan tadi. Dengan keadaan pelajar yang terdedah dengan kebanjiran budaya yang melimpah masuk, hiburan melampau, pergaulan bebas dan sebagainya, hasrat kerajaan untuk membina modal insan kelihatan sukar untuk terlaksana. Perlu diingat, modal insan bukan boleh dibina dalam sehari dan bukan boleh dipertahan untuk selamanya kerana hati manusia mudah bergoyang dan berbolak-balik dengan keasyikan dunia.
Oleh sebab itulah pihak kerajaan seharusnya mengambil inisiatif untuk mengharamkan pusat-pusat hiburan, melarang stesen-stesen televisyen menyiarkan hiburan yang tidak berfaedah yang boleh meruntuhkan akhlak, melarang konsert-konsert maksiat dan banyak lagi. Andai pihak kerajaan telah menutup semua pintu pengaruh ini, maka mudahlah untuk pihak kerajaan membina modal insan dan tidak lagi perlu untuk mengubah itu dan ini dengan membuta tuli.
UPSR dan PMR tidak perlu dimansuhkan, cuma perlu diubah cara penilaiannya agar tidak skeptikal terhadap akademik. Mungkin boleh menggunakan cara 'handicap' iaitu 50% sahsiah dan 50% akademik. Penilaian akademik boleh dibuat seperti biasa. Tetapi penilaian sahsiah yang perlu diubah agar pentaksiran berlaku di peringkat awam. Perlu ada jawatankuasa penilai bagi menilai modal insan pelajar contohnya kepimpinan, kemahiran, sahsiah, kebolehan membaca Al-Quran, pengetahuan fardhu ain dan sebagainya. Semua ini telah dilaksanakan tetapi penekanan tidak diberikan dan diambil mudah. Penilaian juga masih dibuat diperingkat sekolah menyebabkan ada guru yang memberikan 'markah kesian' kepada murid-murid. Ini yang menyebabkan ramai pelajar mempunyai asas fardhu ain yang terbengkalai.
Walau bagaimanapun, cadangan ini masih dipertimbangkan dan mungkin terlalu awal untuk kita menduga apa yang akan berlaku kepada revolusi ini. Apa yang pasti, kita tidak mahu kegagalan PPSMI dan pendidikan sivik berulang lagi. Para pelajar bukan tikus makmal untuk tujuan eksperimen kerajaan. Mereka ialah aset yang perlu dijaga dan dibentuk. Pesan Muhammad Abduh, "Andai ingin membina ummah terbilang, binalah iman dan taqwa"... Iman dan taqwa itulah modal insan yang sebenar......
Wallahu'alam....

0 comments:
Post a Comment