Tuesday, November 16, 2010

Setapak Melangkah...


Setapak Melangkah... Setelah selesai solat isya' pada malam Aidiladha ini, diriku yang tidak bermaya ini bersandar sebentar pada dinding, memikirkan segala tekanan yang melanda kini. Soal kesihatan.... Usah ditanya pada saat begini... "Aku tidak sekuat dulu." Aku merintih sendirian di dalam hati. Tinggg... Tinggg. Telefon bimbit ku berbunyi. Perlahan-lahan aku membaca mesej yang sampai... Izzul(gambar: berdiri sebelah kiri) rupanya...

--Izzul: "Slmt Hr Ry AidilAdha. Ap khbr KP Umar ku? Ke dh jd robot? hikhik... Dgr kata enta xsht... shbt kita Khairul yg bgtaw... nta ad mslh ap?

Tersentak dengan panggilan KP Umar, datang satu perasaan yang menyentap jiwa. Satu persatu memori semasa mengalas tanggungjawab sebagai ketua pelajar di SMK (A) Wataniah suatu ketika dulu datang dalam benak ku... Lantas aku membalasnya...

-- Baihaqi: "Slmt Hri Raya Eiduladha robocop..:) Ana baik2 je.. Ana xtau nk ckp sht ke x.. Ana ada drh tinggi.."

--Izzul: "owh... Mga cpt2 baik yer... Ni, ana ad bnda nk bgtaw. Ustzh Norma mnta nta call dia nk mnta tlg lth bdk skolah kta dlu brsyrh.. Ad ap2 call ana taw."

--Baihaqi: "ok... syukran."

Aku termenung seketika... Teringatkan kenangan semasa berkecimpung dalam bidang syarahan sewaktu di sekolah dulu... Fikiranku terus melayang ke zaman persekolahan dulu...

"Assalamualaikum... Boleh saya jumpa Baihaqi kejap?" Saya keluar kelas dan berjumpa dengan ustazah Norma.

"Ada apa ustazah?"
-"Ni haa... sampai surat dari PPD pasal Majlis Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Syarahan Agama. Ustazah kena handle syarahan. Jd ustazah nak kamu masuk pemilihan peringkat sekolah. Ini teks syarahan kamu. Pemilihan petang ni lepas solat zohor."

"Ustazah tak boleh buat saya macam ni. Saya tak nak masuk"
-" Ala... masuk jela... petang ni apapun ustazah nak tengok kamu ada. Ustazah tunggu. Assalamualaikum"...

Waktu itu Ustazah Norma berlalu begitu sahaja. Aku masuk ke kelas, membelek-belek teks syarahan yang diberikan sebentar tadi. Aku terbaca sesuatu pada muka surat paling belakang.

"Baihaqi, orang yang takut mencuba sebenarnya orang yang suka dengan kegagalan.. Jadilah orang yang selalu memperkasakan dirinya" -Norma-

Pada waktu itu juga diriku mula menhafaz teks tersebut dan menyertai pemilihan peringkat sekolah. Alhamdulillah, aku berjaya.

Selepas itu, bermulalah sesi latihan dan pembikinan teks syarahan sebenar bersama ustazah.

"Latihan pertama ni ustazah nak buat teks bersama kamu. Kita buat dua ayat je hari ni untuk dua jam latihan."
--Hah! dua ayat je ustazah?? kenapa sikit sangat?"

"Ustazah nak latih vokal dan intonasi kamu selama dua minggu."
--"Saya ikut ustazah je. Ustazah jurulatih. Tp saya tak pandai bersyarah ni. ini kali pertama."

"Tak pe. Ustazah akan latih kamu menjadi seorang yang hebat"
--"Macam mana?"

"Ikut je apa yang ustazah latih kamu nanti"

HAri demi hari berlalu...

Dewan sekolah... 2.30 pagi... Malam terakhir sebelum pertandingan..

"Ustazah, saya penat sangat sekarang ni".
-- "Penat itu hanya kelemahan rohani. Berikanlah makanan rohani dengan zikrullah. Kita berehat 10 minit dan ustazah nak kamu berzikir je sepanjang 10 minit ni. Lepas tu kita sambung latihan sampai pukul 3."

"Saya tak mampu nak teruskan lagi."
--"Baihaqi, cuba lah jadi seorang yang hebat. Esok kita dah nak berentap. Ustazah nak pecah tradisi, biar kita menang."

Lalu kami meneruskan latihan sehingga jam 3 pagi.

Itulah kenangan semasa dalam bidang syarahan semasas sekolah dulu yang sempat diukirkan. Melihat keadaan diri yang lemah tidak bermaya, kisah-kisah seperti ini datang dalam benak pemikiran untuk membakar semangat untuk menjadi seorang yang hebat dan kuat.

"Ustazah,, aku tidak sekuat dulu... tetapi baki keringat yang ada akan digunakan untuk mengembalikan semangat dulu yang telah lama hilang..."

Terima kasih Ustazah........


0 comments:

Post a Comment