

Wanita itu perhiasan dunia... Tetapi seindah-indah hiasan adalah wanita solehah. Bagi seorang suami, isteri adalah kehormatannya. Jika baik isterinya, maka baiklah pandangan masyarakat terhadapnya. Jika buruk akhlak isterinya, maka buruklah pandangan masyarakat terhadap isterinya.
Bila kita mula berbicara tentang aurat. Semestinya akan ada yang panas telinga, baik lelaki mahupun wanita. Islam mensyariatkan agar umatnya menjaga aurat mereka. Hikmahnya amat banyak untuk disenaraikan tetapi salah satunya adalah untuk menjaga kesihatan jantung kaum lelaki. Bagaimana? Dipersilakan mencari k.
Soal balut dan tutup? Apa yg bezanya? Sebiji nangka yang hampir masak biasanya ditutup dengan jaring, surat khabar atau dibalut dengan kain bertujuan menjaga kualiti buah disamping mengelakkannya di baham tupai. Tapi, apa yang kita ingin istilahkan kepada perbuatan itu? balut atau tutup? Jom kita lihat satu fakta kes yang tidak kurang hebatnya.
Kajian ini merupakan kajian berasaskan teori behavior yang telah dibuat ke atas 5 ekor tupai menggunakan umpan buah kekeras. Eksperimen ini menggunakan hanya 2 ekor tupai dan menjadikan 3 ekor tupai lagi sebagai faktor kawalan dalam eksperimen. Ujikaji dimulakan dengan menggantungkan 2 biji buah kekeras di atas satu pokok tiruan di makmal. Kemudian kedua-dua ekor tupai tadi mengambil buah kekeras tersebut dan memakannya. Pakar behavioris melakukan perkara yang sama berulangkali selama sebulan. Selepas cukup tempoh sebulan. Pakar cuba untuk memulakan ujian yang sebenarnya dengan meletakkan 2 biji buah kekeras yang dibalut penuh sehingga menutup semua kulit buah tersebut. Ia dibalut kemas dan menampakkan bentuk asal buah. Maka kedua-dua ekor tupai tadi mengambil buah kekeras yang dibalut tadi dan menggigit pembalut buah tersebut sehingga buahnya keluar. Perbuatan sama diulang selama 3 hari dan tupai tetap melakukan perbuatan yang sama. Selepas itu, pakar memasukkan buah kekeras ke dalam kotak dan membalut kotak tadi dengan kain agar bau buah tersebut tidak terhalang. Anehnya, tupai tersebut hanya berlegar di atas pokok tiruan dan tidak mempedulikan kotak yang berisi buah tadi.
Ini sudah cukup untuk memberikan gambaran kepada kita tentang konsep tutup atau balut. Di zaman MergasBumi yang semakin tua, ditambah dengan dengka-dengki sosial yang kian kronik, fenomena membalut ini kian biasa. Kita lihat pada tupai yang diceritakan tadi, dan lihat pula jika tupai itu adalah manusia. Lihat dengan mata hati kita tentang buah kekeras tadi yang ditutup dan dibalut kemas. Saudara saudari, beza wanita yang dibalut dengan yang menutup amat ketara. Adakah fesyen berpakaian tetapi bertelanjang sudah diterima masyarakat kini?
JOM KITA ANALOGIKAN FAKTA KAJIAN... Tupai amat suka kan buah kekeras dan begitu juga lelaki sukakan wanita dan sebaliknya. Semestinya mereka akan mengejar apa yang mereka suka sama seperti sang tupai cuba untuk mendapatkan buah kegemarannya. Apakah nasib buah? Apa salah buah sehingga menjadi habuan tupai? Adakah hanya kerana dia sebiji buah, jadi dia bebas diperlakukan apa sahaja? Lihat pula buah yang ditutup rapi sehingga tidak menampakkan bentuk buah. Tupai tidak menyentuh sekali pun. Begitu juga wanita... wanita yang sengaja tidak menjaga buahnya (aurat dan kehormatan) akan sentiasa terdedah dengan ancaman tupai-tupai yang ganas diluar sana. Fitrah manusia untuk lelaki tertarik kepada perempuan. Tapi adakah kita ingin berkata "apakah nasib perempuan? adakah kerana dia perempuan, maka dia bebas diperlakukan apa sahaja seperti tupai memakan buah kekeras? Teladanilah dari fakta kes bahawa bilah buah kekeras ditutup elok, sehingga hilang rupa bentuk buahnya, maka, tupai tidak akan mengusik sedikit pun. Menjadi tugas setiap muslimah untuk menjaga perhiasan dirinya.
Di dalam Islam, hanya ada istilah MENUTUP AURAT... Tidak akan pernah ada istilah MEMBALUT AURAT di dalam ajarannya. Ramai dari kaum hawa yang memandang remeh perkara ini.
"Tuhan nilai hati kiter... Lagipun saya dah tutup aurat. Dah pakai tudung. Pakai baju dan seluar pun tak nampak kulit sikit pun. Cuma pinjam baju adik jer. Itu pun tak nampak kulit tau. Yang penting hati kita baik"
Ini yang selalu kita dengar... Dua istilah yang cukup populis. Istilah "baju adik" dan "yang penting hati kita baik" selalu dijadikan alasan bagi golongan yang hanya membalut aurat mereka. Bila terjadi kes-kes cabul dan rogol, pandai pula menyalahkan lelaki. Salahkan lelaki melakukan gangguan seksual terhadap mereka. Siapa yang ganggu siapa? Sedarkah wanita bahawa jika mereka hanya membalut aurat mereka di khalayak ramai, mereka sebenarnya telah melakukan gangguan seksual terhadap lelaki. Buatlah semakan Google untuk mendapatkan data kajian berkenaan gangguan seksual wanita terhadap lelaki seperti ini.
"Alah... Yang betul-betul tutup aurat pun kena rogol jugak... ape citer?"
Sebenarnya, inilah yang menjadi tanggungjawab setiap wanita. Bukan hanya seorang yang perlu menutup aurat, dan yang seorang menutup auratnya tidak semestinya selamat jika majoriti yang lain masih bertelanjang. Peranan ini perlu digalas oleh semua wanita untuk sama-sama menjaga kemaslahatan hal ehwal wanita. Kaum lelaki mungkin telah diransang oleh wanita yang hanya membalut tubuhnya sahaja sehingga meningkatkan kandungan hormon testosteron lelaki sekaligus meningkatkan kehendak lelaki kepada wanita. Hormon ini memerlukan 2 jam untuk surut semula. Dalam masa 2 jam ini, apa-apa boleh terjadi jika telah mencapai klimaks. Hormon ini akan dirembeskan jika ada ransangan seksual dari wanita, walaupun hanya memandangnya sahaja. Jadi jika dengan hanya memandang sahaja sudah mengganggu keseimbangan hormon lelaki, apatah lagi dengan melentokkan badan, memanjakan suara, semestinya akan membuat lelaki menjadi gila, terutama yang lemah imannya. Maka terciptalah istilah 'gila seks' dalam kamus masyarakat hari ini. Puncanya siapa? Lelaki atau wanita? Renungkanlah. Disebabkan hal inilah kita diseru agar menundukkan pandangan...:)
"TUTUP AURAT... BUKAN... BALUT AURAT"
Iklan:
"Akademi Fisabilillah mengalu-alukan cadangan design baju Akademi Fisabilillah. Insyaallah akan diusahakan kerana banyak permintaan untuk inisiatif itu. Kepada yang email penulis, terima kasih atas cadangan menarik ini. Kepada pengguna Hotmail yang menghubungi saya, khususnya kepada yang ingin menempah dari Pattani dan Jakarta, sila beralih kepada Yahoo untuk memudahkan urusan. Pihak Akademi Fisabilillah tidak dapat memberikan jawapan buat masa ini kerana projek untuk menghasilkan baju ini masih diperingkat cadangan. Penulis akan memberikan jawapan apabila bersedia untuk dipasarkan."
usrah soutuliibad:
ReplyDeleteanalogi 'tupai hanya memakan buah yang keras' sgt menarik! semoga artikel ini menyedarkan wanita-wanita bahawa aurat itu adalah tanggungjawab setiap wanita muslim..
teruskan.. maju!
alhamdulilla..
ReplyDeletememang btol tu..cam kes aku gak la..
time tu dalam bas rapid la..
aku dok la bagian tegah bas tu..
boleh pulak hamba allah nie dok bertentangan ngan aku.kalo bapai baju kurung x pe la..x de la bernasfu sangat..nie die pakai skirt pendek ,melayu pulak tu.maklom lakan.nak pandang depan pon x leh.kiri kanan aku pompuan cine pulak..mu tau2 la kalau amoi2 tu pakai cam ner..serba x kene jadi nye aku.aku terpakse pandang depan gak.kalo orang pakai sendat ngan skirt pendek cam sape yang x pandang kan.peluang tu..last da lame pandang tu die perasan la yang aku usah die.die pulak sound aku.die cakap aku gile seks dan yang x leh tahan tu die cakap aku nie perogol .perhhh..pedih soit..nasib baik la orang dalam bas tu paham.care die pakai tu x boleh tahn..abis merah muke aku mase .,alu gile kene saoud cam tu..die yang lebih2 buat ganguan seksual tu.
tula kenangan yg pedih gile arr..
nasib baik dalam bas.kalo kat tempat yng sunyi da lame kene ROGOL beramai2.
kalau la kan..
tpi aku bukan nye perogol pon..hak..
assalamualaikum