Monday, August 22, 2011

Dulu Aku Adalah Dia... Sekarang Dia Adalah Aku Yang Dulu...



Jam di laptop menunjukkan pukul 11.03 am. Aku pula masih mentelaah internet mencari bahan untuk menyambung projek yang boleh dianggap mega oleh ku. Terngiang-ngiang di telinga ku bisikan suara Mr. Zaharani, guru Bahasa Inggeris ku yang amat ingin aku tatap wajahnya lagi...

" Baihaqi, kenapa buat ayat 'I were...'? Saya ajar 'I was'... Mana ada I were dalam English"

> "Sorry sir... saya tersilap... semalam ada tahlil arwah moyang saya... saya kena tolong-tolong dan balik rumah lewat... saya buat kerja Sir dah tengah malam. Mungkin sebab mengantuk kot yang saya jadi silap buat..." Jawab ku....

Sir Zaharani yang datang dengan muka yang serius dengan berkopiah, berbaju labuh ala punjabi dan berjambang membuatkan jantungku mengepam darah bagai nak pecah.

Sir Zaharani memanggilku...

"Baihaqi.... Datang depan sekarang..."

Perlahan-lahan aku berjalan menuju ke meja guru yang terletak di hadapan kelas...

Zaappp!!!! Rotannya hinggap di betisku... Pedih dan sakit rasanya...

"Lain kali jangan buat lagi. Dan jangan bagi alasan buat kerja sambil mengantuk lagi. Pukul 1.10 nanti jumpa saya di surau. Ada kelas ke tak de kelas ke, I want to see you there..."

Aku mengangguk....

Di surau... dia mengajakku untuk solat berjemaah awal sedikit dari biasa. Selesai solat, dia duduk di hadapanku... Dia memberikan tazkirah pendek yang menusuk hati, membuatkan aku rasa tidak layak menyandang jawatan ketua pelajar di sekolah...

"I'm sorry sir"...

Setiap kali aku buat salah dalam menjawab soalan Bahasa Inggeris, atau tidak menyiapkan kerja, mudah sahaja rotan hinggap di badanku... Dalam hatiku agak malu apabila di rotan, kadang-kadang marah, tetapi aku masih membuat kesilapan yg sama pada usia remaja.

Tetapi itu kisah yang dulu... Kini aku menjejak langkah, setapak melangkah merentas cita-cita sebagai seorang bakal guru. Minggu terakhir praktikal memang memenatkan dengan beberapa tugas dan komitmen kepada sekolah dan tugasan institut yang perlu diselesaikan dengan segera.

"Semua bangun... Assalamualaikum cikgu"

Itulah ucapan lazim yang ditujukan kepada ku saban hari di sekolah... Jika ditanya kerja sekolah sudah disiapkan atau belum, pastinya ada yang sengaja tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi. Aku sudah habis akal untuk mengubah sikap sebahagian besar murid kelas ini... bermacam-macam denda telah dibuat tetapi masih tidak menampakkan hasil.. Hanya sebilangan sahaja yang berubah... Lantas dalam benakku teringat saranan rasulallah agar merotan anak yang berusia 10 tahun yang tidak solat.

Lantas aku terfikir, kenapa tidak cara itu aku gunakan untuk mendidik murid-muridku... Tetapi hatiku bimbang dengan risiko yang terpaksa aku tanggung jika merotan murid... Telah banyak kes guru sekolah ini disaman ekoran merotan murid... Tetapi melihat murid-murid yang tidak menyiapkan kerja rumah, itulah aku semasa di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Tetapi sekarang kerana rotanlah aku berdiri sebagai seorang guru sekarang. Kerana rotanlah aku mendapat keputusan cemerlang di sekolah dahulu... Dahulunya aku seperti murid-murid ini yang hanya suka bermain... Tapi kini mereka semua adalah diri aku yang dahulu, yang suka bermain.

Itu yang membuatkan aku terus tabah cuba mengubah dan mendidik mereka menjadi insan yang berguna... Jika guru terdahulu mampu mendidik aku menjadi seorang yang mempunyai karier sebegini, mengapa tidak aku menyahut cabaran ini untuk berdiri bersama dengan guru-guru ku yang telah berjaya melahirkan ramai insan yang mempunyai hati-hati yang tabah dan kental... Aku baru perasan bahawa aku berdiri sebagai seorang yang mempunyai hala tuju kerana rotan guru dan rotan ayahku sendiri... Terima Kasih...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... MAAF ZAHIR DAN BATIN...



0 comments:

Post a Comment