Thursday, September 22, 2011

BERSYUKURLAH DENGAN DIRINYA....

Wahai Insan,
Jika kamu memancing, dan umpan kamu telah terkena,
Maka naikkanlah ia ke darat,
Dan jangan sesekali kamu lepaskan semula ia ke dalam sungai,
Kerana sakit dan bisanya luka terkena mata kail mu yang tajam...

Begitu juga jika kamu telah menerima seseorang,
Sayangilah dan setialah padanya,
Janganlah kamu meninggalkan dirinya sesuka hati kamu,
kerana sakit dan pedihnya tidak kamu rasai...

Sesungguhnya hidup ini memang umpama roda,
Hari ini kamu di atas, kelak kamu pasti akan berada di bawah,
Di tempat orang yang kamu telah khianati janji-janji kamu...

Jangan diharap pembetung itu begitu kuat,
Kerana sampai masa ia pasti akan retak..
Dan kamu kecewa kerana ia tidak seperti yang kamu harapkan...

Begitu juga dengan manusia...

Jangan mengharapkan seseorang itu terlalu baik dan sempurna untuk kamu,
Kerana kelak pasti akan ada kesilapan yang dia lakukan kepada kamu,
Saat itu kamu akan kecewa kerana dia tidak sempurna seperti yang kamu harapkan...

"Apa yang kamu suka kadang-kadang buruk untuk kamu, dan apa yang kamu benci kadang-kadang baik untuk kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui"...

(Al-Baqarah)

0 comments:

Post a Comment